Tuesday, June 25, 2019

TRIPLET: FASA PERTAMA PENYUSUAN IBU SI KEMBAR TIGA

Assalamualaikum
semua sahabat

Alhamdulillah sedikit waktu diberikan oleh Allah untuk che cahaya meloretkan sedikit kenangan dalam penyusuan si kembar tiga ini

seperti yang che cahaya cerita sebelum2 ini
kehadiran si kembar tiga bukan lah suatu yang dirancang
Allah berkehendak dan Allah sebaik-baik perancang

semasa hamil si kembar 3
che cahaya masih menyusu si abang, DZ
perjalanan penyusuan si abang bukan mudah
kerana che cahaya bukan seorang yang dian ugerahkan meriah susu badan..

pelik walaupun telah mengambil pelbagai milk booster namun susu perahan hanya cukup2 makan
maksudnya pam hari ini untuk bekalan esoknya
sekali pam hanya 3-4 oz.. maksimum 5oz (jarang sangat dapat seminggu sekali dua ja)
mean sehari che cajhaya terpaksa pam 7-8 kali baru mencukupi bekalan si abng pada esok harinya.. sangat stress kan (5oz x5)

Kehamilan si kembar 3 merupakan menutup perjalanan penyusuan DZ, kerana che cahaya bleeding di awal fasa kehamilan dan mild contracton di fasa 2 kehamilan.

Setelah lahir si kembar 3, che cahaya terus mengurut..mean hari kedua sebb seorang trio dimasukkan ke NICU dan menolak susu formula.. yee bayi prem ni banyak kerenahnya kerana organ dalaman tidak matang sepenuhnya. Lahir pada minggu ke 32 dengan berat 1.45kg dua orang dan 1.5kg seorang.





hari kedua mengurut then che cahaya terus mengepam.. kenapa tak direcrt jer?? sebab baby masih tidak dibenarkan untu direct feed sebab masih x pandai sucking.

Oleh kerana baby prem..che cahaya tak berani nak ambil sebarang jamu... so che cahaya memang seta dengan shaklee dari preggy hinnga bersalin ni.... pada masa ini hanya pengguna tegar sahaja..masih belum kuat untuk memulakan bisnes shaklee ini..

So semasa di hospital 3 item ini peneman setia che cahaya. hari kedua lepas mengurut, Alhamdulillah susu kuning..colustrum sahaja che vahaya dapat 20ml..



ESP dan Ostemetrix mmg dah makan semasa preggy lagi

Jom kita tengok dulu apa dia kelebihan setiap item ni.

ESP

ESP ni protein. Kalau tengok carta piramid makananan, protein boleh didapati dari sumber tenusu atau daging dan makanan laut. Tapi cara kita memasak selalunya telah memusnahkan protein dalam makanan tersebut. Protein akan termusnah pada suhu melebihi 37 darjah celcius.  Kalau minum ESP, nanti kita akan nampak susu badan menjadi lebih pekat. Ala-ala creamier gitu. hehe. Bayi yang minum susu ibu pula akan kenyang lebih lama. Protein ESP membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping memberi tenaga kepada ibu. Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP ni memang terkenal sebagai ejen yang membantu menambah dan memekatkan susu ibu.

Alfalfa
Alfalfa tergolong dalam kalangan galactagogue yakni herba yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan. Selain alfalfa, halba dan adas juga tergolong sebagai galactogogue dan menjadi bahan dalam teh penambah susu badan yang terdapat di pasaran. Selain itu, alfalfa juga memberi tenaga kepada ibu. Ummi sendiri jatuh hati dengan Shaklee disebabkan alfalfa. Selepas bersalin anak kedua yang mana jarak dengan anak sulung tak sampai pon setahun (huhuhu), memang ummi penat sangat- sangat. Pukul 9 malam dah ngantuk. Lepas bersalin anak ketiga 2 tahun kemudian, ummi perasan yang letih mengasuh 3 anak tak seteruk masa anak 2 orang. Sebenarnya, masa tu ummi baru mula ambil alfalfa. Paling seronok, masalah keputihan yang memang jadi problem ummi dari zaman anak dara pon dah takde. Susu pulak? alhamdulillah… banyak.

Ostematrix
Ostematrix ni sebenarnya kalsium magnesium dan Vitamin D. Masa hamil, baby perlukan bekalan kalsium yang banyak untuk membentuk tulang. Jika ibu tak ambil kalsium yang cukup, kalsium dari tubuh ibu yakni dari tulang dan gigi akan diserap bagi membekalkan kalsium yang cukup kepada bayi. Begitu juga ibu menyusu. Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu yang kaya dengan kalsium dan zat lain. Oleh itu, ibu wajar ambil kalsium yang secukupnya untuk mengelak masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang akibat kalsium yang telah diserap. Kita berkobar-kobar nak beri yang terbaik untuk anak tapi tak naklah sampai rosakkan badan sendiri pula. Keluarga kita memerlukan seorang ibu dan isteri yang sihat untuk kesejahteraan kan? Pastikan Kalsium kita mencukupi ye.

Selain tu, kekurangan kalsium memberi kesan semasa PMS (Pra Menstrual Syndrome). Masa nak dekat datang bulan, susu akan menjadi kurang dengan tiba- tiba. Sebenarnya, masa ni kalsium dalam tubuh jadi kurang. Untuk elak masalah ni, ibu digalakkan ambil bekalan kalsium yang mencukupi. Kalsium juga elok dalam menangani masalah “period pain” iaitu kekejangan dan sakit di bahagian rahim semasa datang bulan

ok la che cahaya nak siap2 satgi sekolah nanti kalau sempay kita sambung lagi malam ni naaaa...